Artwork

Контент предоставлен Lydia Usun Ngimat. Весь контент подкастов, включая эпизоды, графику и описания подкастов, загружается и предоставляется непосредственно компанией Lydia Usun Ngimat или ее партнером по платформе подкастов. Если вы считаете, что кто-то использует вашу работу, защищенную авторским правом, без вашего разрешения, вы можете выполнить процедуру, описанную здесь https://ru.player.fm/legal.
Player FM - приложение для подкастов
Работайте офлайн с приложением Player FM !

E31: TITUS 3: “Warganegara Yang Bertanggungjawab”

14:24
 
Поделиться
 
Manage episode 286116552 series 2871281
Контент предоставлен Lydia Usun Ngimat. Весь контент подкастов, включая эпизоды, графику и описания подкастов, загружается и предоставляется непосредственно компанией Lydia Usun Ngimat или ее партнером по платформе подкастов. Если вы считаете, что кто-то использует вашу работу, защищенную авторским правом, без вашего разрешения, вы можете выполнить процедуру, описанную здесь https://ru.player.fm/legal.

Shalom!

Kita telah melihat Titus 2 dan menyimpul bahawa oleh kasih kurnia Tuhan, pembentukan kerohanian terjadi dalam keluarga kita, dan kita dibaharui untuk menyinari kemuliaan Allah. Jalur-jalur sinaran kemuliaan diperlihatkan melalui kematangan kita dalam menangani hidup; pelaku Firman Tuhan dalam rumahtangga dan keluarga; jadi teladan yang baik; dan bertanggungjawab dalam pekerjaan kita. Kita diajak untuk terlibat aktif dalam masyarakat untuk melakukan perbuatan baik bagi manfaat manusia sejagat, beribadah kepada Tuhan dan berpegang kepada ajaran-ajaran sihat.

Kita menerus perbualan ke Titus 3 dan mula dengan dasar nasihat yang diberi Rasul Paulus agar kita jadi “Warganegara Yang Bertanggungjawab”.

Warganegara Yang Bertanggungjawab Didasarkan Diri Kita Yang Diperbaharui Tuhan, Titus 3:3-7.

Titus 3:3-7, meringkas dengan padat asas pengajaran kita dan dasar iman kita. Tuhan telah menyelamatkan kita.

Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita. Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus. Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita. Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan.”

Rumusan yang sangat padat, perkerjaan Allah Tritunggal dirumus dalam keselamatan kita. Asas keselamatan kita terletak di tangan Allah dan belas kasihan atau rahmat-Nya. Keselamatan kita adalah didalam Yesus Kristus kerana kasih kurnia Tuhan. Kita menerima dan alami keselamatan kita kerana perkerjaan aktif Roh Kudus dalam hidup kita. Saya harap dalam kita bersama-sama berbual dan meneruskan perbualan hari demi hari, kita semua akan belajar dan menghayati apa yang berlaku dalam hidup kita, sebelum, sekarang, dan harapan kita. Dalam ayat 4 – 7, Rasul Paulus memadat banyak “perkataan teknikal”. Saya galak anda untuk mengulang dengar episod-episod podcast perbualan kita dan bincangkan dalam kelompok kecil pengertian anda dan beri maksumbalas dan soalan kepada saya. Episod-episod perbualan sebelum ini terdapat di podcast “Hadapan Takhta Kasih Kurnia”, dihos oleh Anchor.fm dan boleh didengar di beberapa platform kegemaran anda.

Kita perlu kenal bahawa, “Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya.” Kita diselamatkan kerana perkerjaan Tuhan. Kita bukan diselamatkan berdasar perbuatan baik kita. Dalam surat kepada Titus ini, Rasul Paulus mendorong agar kita melakukan kebaikan. Dorongan adalah atas kasih kurnia Tuhan. Itulah antara sebab kenapa dia sebut “maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris”, kita adalah waris kepada berkat Abraham, diberkati menjadi berkat, rujuk Galatia 3:29.

Titus dinasihati agar memberikan perhatian terhadap asas iman kita, “supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang”.

Maka dengan itu Rasul Paulus menasihati kita orang-orang percaya agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab. “Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan”.

Sebagai kesimpulan saya membaca Rukun Negara yang pada dasarnya mencakupi semua aspek tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia, untuk kita fikirkan dan menilai diri kita - (1) Kepercayaan Kepada Tuhan, (2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara, (3) Keluhuran Perlembagaan, (4) Kedaulatan Undang-Undang, dan (5) Kesopanan dan Kesusilaan.

Tuhan memberkati.

Lydia.

[Dikongsi untuk Ibadah Keluarga, Rabu 10 Jun 2020]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 эпизодов

Artwork
iconПоделиться
 
Все серии

×
 
Loading …

Добро пожаловать в Player FM!

Player FM сканирует Интернет в поисках высококачественных подкастов, чтобы вы могли наслаждаться ими прямо сейчас. Это лучшее приложение для подкастов, которое работает на Android, iPhone и веб-странице. Зарегистрируйтесь, чтобы синхронизировать подписки на разных устройствах.

Краткое руководство